20.11.09

Terima keputusan 5A UPSR depan jenazah ibu

Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Baca seterusnya [di sini]

10.11.09

Kursus peningkatan GC Daerah Kuala Muda Yan Siri 2/2009

Tarikh : 5 November 2009
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim
Masa : 8.00am - 5pm

Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Kedah, Tuan Haji Asmee bin Tajuddin.

Tuan Ketua Sektor mengucapkan tahniah dan syabas kepada 111 orang Guru Cemerlang (GC) daerah KM/Y atas pengiktirafan sebagai GC bagi mata pelajaran masing-masing. Tegas beliau, semua GC perlu meningkatkan kemahiran dan ilmu bagi mendalami bidang masing-masing kerana GC merupakan pakar rujuk guru-guru lain.

Tuan Haji Asmee juga menekankan bahawa semua guru perlu membaca malah memiliki bahan rujukan seperti Akta Pendidikan 1996 dan Majalah Pendidik. Kedua-dua bahan ini menekankan khusus dalam bidang pendidikan. Malah, menurut beliau buku Akta Pendidikan 1996 perlu dikhatamkan isi kandungannya.

Menurut beliau, buku ini juga turut menekankan beberapa perkara yang perlu diberi penekanan oleh pendidik dalam melayari bahtera pendidikan iaitu:
a) - Sikap
- Kemahiran
- Pengetahuan

b) Pendidikan menuju ke arah negara maju

c) Pendidikan menuju ke taraf dunia

d) Dasar Pendidikan Kebangsaan – FPK

e) Sistem Pendidikan Kebangsaan

Tuan Ketua Sektor sekali lagi menegaskan bahawa GC merupakan satu pengiktirafan yang melalui proses permohonan,dan penilaian. Antara program terkini yang melibatkan GC ialah program “Permata Pintar”. Ini bermaksud setiap GC perlu melaksanakan program yang ‘berkilau’ di sekolah masing-masing bagi meningkatkan prestasi murid-murid.

7 tip untuk menjadi GC yang berjaya- oleh Tn.Haji Asmee :

1. Tepati masa
2. Sentiasa Bersedia
3. Bekerja 8 jam
4. Jaga personaliti/imej
5. Sebab anda sebagai GC
6. Meningkatkan prestasi sekolah sendiri
7. Bergerak/bekerja tidak mengira jarak

Tuan Haji Asmee dalam rumusan ucapan beliau menyampaikan amanat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia iaitu GC perlu menjaga imej, berubah gaya berfikir / bertindak, sentiasa pastikan kerja buat di sekolah, memastikan prestasi sekolah meningkat dari semasa ke semasa dengan usaha yang berterusan. Bagi Tuan Pengarah JPN, beliau mengharapkan setiap sekolah mempunyai sekurang-kurangnya seorang GC. GC juga perlu berkesan, berkualiti dan cemerlang. Akhirnya, beliau berharap semua GC dapat mencermin diri sendiri dan terus belajar daripada orang yang telah berjaya.

Ketua Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kedah, Tuan Haji Rosli bin Haji Din.

Tuan Haji Rosli memaklumkan bahawa GC negeri Kedah seramai 334 orang. Pada tahun 2009 permohonan menjadi GC meningkat dengan mendadak. Ini merupakan satu iklim yang amat memberansangkan. Beliau juga menjelaskan bahawa permohanan sebagai GC dinilai dalam aspek dan wajaran berikut:
1. Laporan Prestasi (3 tahun kebelakangan) = 40%
2. Sumbangan artikel = 30%
3. PNP = 30%

Tn. Haji Rosli memberi penjelasan bidang tugas Nazir dengan merujuk Akta Pendidikan 1996 .

Beliau menyarankan setiap GC perlu memahami peranan dan sumbangan masing-masing. Malah wajib menyediakan modul untuk dikongsi bersama rakan guru yang lain sama ada di peringkat sekolah, daerah atau negeri.

Kerjaya sebagai GC merupakan ‘laluan emas’ dan merupakan jawatan naik pangkat. GC diiktiraf sebagai guru yang cemerlang di bilik darjah yang menitikberatkan aktiviti mencungkil kemahiran murid. Untuk itu, PNP perlu telus dan berhemah. GC perlu tingkatkan pencapaian kualiti PNP dengan menekankan aspek;
1. Set Induksi – sering diabaikan oleh kebanyakan guru
2. Perkembangan
3. Rumusan
4. Refleksi – sering menjadi masalah kepada guru
5. Catatan

GC sebagai ‘role model’ perlu menguasai kemahiran mengawal kelas semasa PNP. Di samping itu, perlu meningkatkan motivasi guru-guru lain, membantu menaikkan nama sekolah dan tingkatkan penghasilan modul untuk membantu rakan sejawat.

GC perlu:
1. Berpengetahuan dalam bidang masing-masing ( Sukatan dan Kaedah PNP )
2. Berkemahiran untuk sampaikan ilmu
3. Berdedikasi melaksanakan tugas
4. Berkepakaran dalam bidang
5. Bermotivasi meningkatkan kualiti PNP.
6. Menguasai ICT
7. Berkemahiran dalam Berkomunikasi

Tuan Haji Rosli banyak menekankan aspek PNP dalam meletakkan GC sebagai guru yang cemerlang. Beliau selain mengucapkan tahniah,mengharapkan semua GC dapat menampilkan hasil kerja sebagai seorang GC.

7.11.09

UNDANG-UNDANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sebagai pendidik, kita perlu ketahui kandungan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) sebagai rujukan dalam melaksanakan tanggungjawab kita agar sentiasa berada di landasan yang betul. Di sini dipaparkan hanya kandungan AP 1996 (Akta 550). Untuk keterangan lanjut, buku ini perlu dimiliki oleh semua pendidik.

AKTA PENDIDIKAN 1996(Akta 550)

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitannya.

Bahawasanya mengakui ilmu itu adalah penentu arah tujuan negara dan penyelamat bangsa.

Bahawasanya tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.

Bahawasanya pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan satu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik.

Bahawasanya adalah menjadi satu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi mencapai aspirasi negara Malaysia.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

‘Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memnberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.’

Bahawasanya dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui satu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama.

Terdapat 16 Bahagian:

Bahagian 1 : Permulaan
Bahagian 11 : Pentadbiran
Bahagian 111 : Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.
Bahagian 1V : Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Bahagian V : Penilaian Dan Peperiksaan
Bahagian VI : Pendidikan Tinggi
Bahagian VII : Institusi Pendidikan Swasta
Bahagian VIII : Pendaftaran Institusi Pendidikan
Bahagian IX : Pendaftaran Guru
Bahagian X : Jemaah Nazir Sekolah
Bahagian XI : Kewangan
Bahagian XII : Rayuan
Bahagian XIII : Peraturan-Peraturan
Bahagian XIV : Kesalahan dan Penalti
Bahagian XV : Pelbagai
Bahagian XVI : Peralihan Dan Pemansuhan

Bahagian II: Pentadbiran
1. Perlantikan dan Kewajipan Ketua Pengarah Pendidikan
2. Pengarah Pendidikan Negeri dan Pegawai Pendidikan lain
3. Ketua Pendaftar dan Guru
4. Ketua Nazir Sekolah Dan Nazir Sekolah.
5. Pengarah Peperiksaan
6. Kuasa Menteri untuk mengeluarkan arahan khas

Bahagian III : Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan
 Fungsi dan Kuasa Majlis

Bahagian IV: Sistem Pendidikan Kebangsaan
Bab 1- Sistem Pendidikan Kebangsaan
1. Jenis Sistem Pendidikan Kebangsaan:
 Pendidikan Prasekolah
 Pendidikan Rendah
 Pendidikan Menengah
 Pendidikan Lepas Menengah dan
 Pendidikan Tinggi
Tidak termasuk sekolah ekspatriat atau sekolah antarabangsa

2. Kategori Institusi Penddidikan
 Institusi Pendidikan Kerajaan
 Institusi Pendidikan Bantuan kerajaan
 Institusi swasta

3. Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa Pengantar utama kecuali Sekolah Jenis Kebangsaan maka bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai bahasa kebangsaan.

4. Kurikulum Kebangsaan di semua sekolah.

5. Sekolah hendaklah menyediakan murid bagi peperiksaan yang ditetapkan.

Bab 2- Pendidikan Prasekolah
1. Larangan terhadap penubuhan, pengendalian atau pengurusan tadika.
2. Kuasa Menteri untuk tubuhkan tadika.
3. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika.
4. Bahasa Pengantar di tadika (bahasa lain boleh digunakan),tetapi Bahasa Kebangsaan wajib sebagai satu mata pelajaran.
5. Bab 2 tidak terpakai bagi taman asuhan kanak-kanak

Bab 3- Pendidikan Rendah
1. Menteri - Mengadakan Pendidikan Rendah.
2. Penubuhan & Penyenggaraan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.
3. Tempoh Pendidikan Sekolah Rendah (enam tahun).
4. Pendidikan Sekolah Rendah wajib.

Bab 4- Pendidikan Menengah
1. Menteri hendaklah mengadakan Pendidikan Menengah.
2. Boleh mengadakan Kelas Peralihan.

Bab 5 – Pendidikan Lepas Menengah
 Menteri boleh mengadakannya di sekolah Menengah Kebangsaan atau Maktab atau institusi Pendidikan Lain.

Bab 6- Institusi Pendidikan Lain
 Menteri boleh menubuhkan & menyenggarakan Institusi Pendidikan seperti Maktab, Sekolah Khas, Politeknik dan institusi Pendidikan Lain.
 Menteri boleh memberi sumbangan bantuan kepada Institusi yang tidak ditubuhkan olehnya.

Bab 7- Pendidikan Teknik & Politeknik
1. Pendidikan Teknik di sekolah menengah Kebangsaan dan institusi pendidikan yang lain.
 Kuasa menteri
 Menyediakan kemahiran
2. Politeknik boleh menawarkan kursus pengajian dan menganugerahkan kelayakan yang diluluskan oleh Menteri.
3. Kerjasama dengan institusi lain dan organisasi perindustrian dalam Pendidikan Teknik & Vokasional
 Tertakluk kepada kelulusan Menteri.
 Tertakluk kepada terma dan syarat Menteri.
4. Peruntukan tentang kursus pengajian berkenaan dengan ijazah yang diberikan oleh universiti,
5. Kuasa untuk membuat peraturan berhubung dengan politeknik.
 Penubuhan lembaga atau badan untuk mengawasi dan mengubahsuai kurikulum dan program latihan
 Menjalankan pengukuran atau penilaian atau mengendalikan peperiksaan
 Penganugerahan sijil/diploma.
 Disiplin murid
 Penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran mana-mana majlis, badan atau jawatankuasa bagi kegiatan luar kurikulum

Bab 8 – Pendidikan Khas
1. Menteri hendaklah mengadakan Pendidikan Khas di sekolah khas / mana-mana sekolah rendah / menengah yang difikirkan sesuai & manfaat.
2. Menteri mempunyai kuasa untuk menetapkan tempoh & kurikulum Pendidikan Khas.
 Mematuhi kurikulum Kebangsaan setakat yang munasabahnya praktik.

Bab 9- Pendidikan Guru
1. Tiada seorangpun boleh menubuhkan Maktab Pendidikan Guru melainkan dengan kelulusan Menteri.
2. Semua maktab didaftarkan.
3. Maktab – penganugerah sijil dan apa-apa kelayakan lain.
4. Maktab hendaklah mengendalikan apa-apa kursus pengajian & program latihan yang diluluskan oleh Menteri

Bahagian IX: Pendaftaran Guru
Bab 1 – Pendaftaran Guru
1. Larangan mengajar : tidak boleh mengajar tanpa didaftarkan
2. Daftar Guru (D.G) : Ketua Pendaftar (K.P) mesti simpan suatu Daftar Guru.
3. Permohonan – borang & prosedur tetap - kepada K.P
4. K.P boleh enggan daftarkan guru :
 Umur < 18 tahun
 Tidak mempunyai kelayakan untuk mengajar
 Membuat pernyataan palsu
 Kecacatan jasmani / mental / penyakit
 Telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh mahkamah

Bab 2 – Permit Mengajar
1. K.P boleh mengeluarkan suatu permit mengajar kepada yang bukan guru berdaftar:
 Memohon didaftarkan sebagai guru dan permohonannya belum diputuskan lagi
 Seseorang yang diperlukan sebagai guru sementara
2. K.P boleh pada bila-bila masa & ikut budi bicaranya, membatalkan suatu permit mengajar dengan memberikan notis bertulis.

Bahagian XIV: Kesalahan dan Panalti
132. Kesalahan dan penalti
(1) …pernyataan palsu atau mengelirukan dalam promosi institusi pendidikan itu adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atu dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

133 Kesalahan dan penalti berhubunga dengan pendaftaran guru.
(1) … bertindak sebagai guru di suatu institusi yang tidak berdaftar didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

134 Kesalahan dan penalti berhubung dengan nazir
(a) Menghalang atau mengendalakan ketua nazir atau nazir sekolah dalam menjalankan tugas.
(b) Enggan mengemukakan mana-mana jadual waktu, sukatan pelajaran, rekod, buku, bahan,dan
dokumen
(b) Memberi maklumat palsu - Didenda tiga puluh ribu ringgit atau penjara dua tahun dan
Kedua-duanya,

Dalam seksyen 21 Akta Pendidikan 1996 memberikan kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk menubuhkan dan menyenggara tadika. Seksyen ini membolehkan kementerian mengadakan kemudahan prasekolah kepada kanak-kanak khususnya masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah.

Pernyataan di atas dapat direalisasikan dengan cara;

(A) semua tadika akan diambilalih oleh kementerian
(B) semua tadika akan menggunakan sukatan pelajaran yang sama
(C) semua tadika akan mempunyai kemudahan infrastruktur dan sukatan pelajaran yang sama

(D) semua guru tadika akan menjalani kursus perguruan yang sama dengan menggunakan kurikulum yang sama


Rujukan: Akta Pendidikan 1996