26.12.10

Tip untuk mengesan kualiti 'Hand Phone'

Berikut ini sedikit tips untuk mengetahui dinegara mana sebuah hp dibuat serta kualitinya (hanya hp GSM bukan CDMA):

Langkah pertama : cari no imei hp dgn ketik *#06# Setelah kamu mengetikan code tersebut maka akan muncul 15 angka no siri contoh : 434566106789435.

Jika angka no tujuh dan delapan adalah angka 02 atau 20 itu berarti hp tersebut dibuat di Asia dengan kualiti yang buruk.

Jika angka no tujuh dan delapan adalah angka 08 atau 80 itu berart hp tersebut dibuat Jerman dengan kualiti bagus.

Jika angka no tujuh dan delapan adalah angka 01 atau 10 itu berarti hp tersebut dibuat di Finland dengan kualiti bagus.

Jika angka no tujuh dan delapan adalah angka 00 itu berarti hp tersebut dibuat di Perancis dengan kualiti paling baik. Dan apabila tidak ada dari salah satu diatas, berarti hp anda tidak tulen dan tidak jelas.

Demikian sedikit tip, semoga dapat membantu agar tidak tertipu.

17.12.10

Jadual bayaran gaji bulanan 2011

1. Jan - 25.1.2011
2. Feb - 24.2.2011
3. Mac - 24.3.2011
4. Apr - 25.4.2011
5. Mei - 24.5.2011
6. Jun - 23.6.2011
7. Jul - 25.7.2011
8. Ogo - 24.8.2011
9. Sep - 22.9.2011
10. Okt - 20.10.2011
11. Nov - 24.11.2011
12. Dis - 19.12.2011

15.12.10

Kemasukan ke IPTA, TEVT, ILKA secara online tahun depan

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setarafnya boleh membuat permohonan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institut Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi pengajian 2011/2012 secara talian di www.upu.mohe.gov.my.

Menurut Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), permohonan kemasukan ke TEVT dan ILKA adalah terbuka kepada lepasan SPM atau setaraf, lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau lepasan Sekolah Menengah yang akan dilaksanakan secara serentak dengan permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM. Institusi yang terbabit dalam kemasukan ke program sijil dan diploma di TEVT dan ILKA adalah Politeknik, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST).

Ia termasuk di Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC), Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI), Institut Kemahiran MARA (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan Kolej Komuniti.

Menurut JPT, permohonan ke IPTA pula dibahagikan kepada empat kategori iaitu kategori A untuk lepasan SPM tahun ini, kategori B untuk lepasan SPM tahun lalu atau 2008, kategori C untuk lepasan SPM pada 2007 atau sijil setaraf yang diiktiraf IPTA. Kategori D pula untuk pemohon yang menggunakan keputusan SPM 2008 dengan sijil ulangan SPM tahun lepas atau SPM 2008 dengan sijil ulangan SPM tahun ini atau SPM tahun lalu dengan sijil ulangan SPM tahun ini.

Oleh kerana jumlah permohonan adalah tinggi daripada kalangan pelajar lepasan SPM tahun ini, maka permohonan akan dilaksanakan secara dua fasa di mana fasa pertama membabitkan pendaftaran permohonan yang dibuka kepada pemohon melalui 1 November hingga 31 Disember ini manakala fasa kedua ialah pengesahan permohonan yang akan dibuka mulai 10 Jan mulai 12 tengah hari dan ditutup pada 4 April tahun depan.

Menurut JPT, sehingga 3 Disember lalu, sejumlah 46,127 permohonan telah diterima bagi fasa 1, dan jabatan itu mensasarkan 70 peratus daripada 467,766 calon lepasan SPM tahun ini akan mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup fasa 1 pada 31 Disember. Manakala selebihnya adalah pemohon selepas keputusan rasmi SPM 2010 iaitu dalam fasa kedua yang akan berakhir pada 4 April 2011.

Orang ramai boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di talian 03-88835801 atau 03-88835802 atau e-mel di upu@mohe.gov.my untuk sebarang pertanyaan.

Rujuk [B.Harian-14/12/2010]

13.12.10

Dua guru 1 kelas

Kementerian Pelajaran merancang menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru. Cadangan itu adalah antara 28 perakuan yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Dalam laporannya, jawatankuasa itu mengenal pasti 14 faktor yang menyumbang kepada peningkatan beban tugas guru, termasuk penyertaan dalam terlalu banyak kegiatan kokurikulum dan sukan hingga menjejaskan prestasi pengajaran murid serta amalan profesional keguruan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata satu pelan operasi latihan juga sedang dibangunkan untuk dilaksanakan tahun depan bagi mengurangkan kekerapan guru meninggalkan kelas untuk berkursus.

Malah, katanya, antara perakuan yang sudah diambil tindakan ialah memohon agensi Pusat menempatkan 100 jawatan pembantu tadbir N17 melalui urusan pindah butiran perjawatan di 50 sekolah gred A yang mempunyai enrolmen melebihi 1,500 murid untuk mengurangkan tugas perkeranian yang terpaksa dilakukan guru.

Beliau berkata, semua perakuan itu dikemukakan selepas isu beban tugas guru dibangkitkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.
Katanya, jawatankuasa itu dalam laporannya turut mendedahkan ada guru memegang dan melaksanakan sehingga 30 tugasan di sekolah serta peringkat daerah dan negeri.

Sehubungan itu, katanya, satu jawatankuasa pelaksanaan ditubuhkan dan akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk menyemak status pelaksanaan semua perakuan yang kemukakan jawatankuasa berkenaan.

Mengenai aduan aktiviti sekolah pada Sabtu, Mohd Puad berkata, pekeliling sudah dikeluarkan dengan membenarkan hanya dua Sabtu dalam sebulan dibenarkan aktiviti sekolah dan kegagalan mematuhinya perlu dilaporkan kepada kementerian.

Sementara itu, Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata jawatankuasa berkenaan turut memaklumkan kepada pihaknya berhubung kajian yang dilakukan di beberapa sekolah di Johor dan Melaka, termasuk cadangan mengurangkan peperiksaan dan ujian yang diganti dengan penilaian.

“NUTP difahamkan mulai Januari depan, penilaian itu akan diamalkan setiap bulan yang menjurus kepada ujian pendek dengan soalan disediakan guru.

“Ini bermakna beban guru semakin bertambah lagi dan tiada pengurangan, kita berharap kerajaan akan mengkaji semula perkara ini,” katanya.

INFO: Antara beban tugas guru

-Kekerapan guru keluar berkursus
-Kokurikulum/sukan
-Tugas hujung minggu
-Tugas rencam
-Tugas tidak jelas
-Penempatan guru
-Rantaian arahan (chain of command)
-Ujian/peperiksaan
-Silap padanan (mismatch)
-Saiz kelas
-Sebaran kurikulum.

INFO: Antara perakuan tangani isu beban tugas guru


-Menambah staf sokongan untuk tugas perkeranian
-Pengwujudan jawatan pembantu bengkel di semua sekolah menengah
-Menambah jawatan Pembantu Perpustakaan N17
-Gabungan jawatankuasa pada peringkat sekolah tidak melebihi 10 jawatankuasa
-Pelan Operasi Latihan Tahunan
-Aktiviti Sabtu berjadual tidak melebihi 2 kali sebulan
-Jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak
-Mewujudkan jawatan Jurulatih Utama Kurikulum
-Pengenalan kurikulum secara atas talian
-Penganjuran kursus yang berasaskan sekolah diperluas
-Guru pembantu bagi kelas melebihi 35 murid untuk sekolah rendah dan 40 pelajar di sekolah menengah
-Kajian semula bilangan enrolmen pelajar di sesebuah kelas supaya lebih kondusif
-Pembinaan lebih banyak sekolah di kawasan padat untuk tujuan sekolah satu sesi
-Pengurangan ‘mismatch’ melalui pelabelan guru serta iktiraf guru melalui latihan.
-Lebih ramai guru lelaki di kawasan pedalaman dan bandar raya
-Tempoh perkhidmatan di pedalaman ditetapkan lima tahun
-Pasangan suami isteri bertugas di pedalaman ditempatkan di sekolah sama atau berhampiran
-Kemudahan dan persekitaran kerja kondusif
-Perlindungan insurans takaful semasa menjalankan tugas rasmi di luar sekolah
-Penyediaan khidmat guaman kepada guru bagi kes berkaitan tugas rasmi

Rujuk [B.Harian-13/12/2010]