10.11.09

Kursus peningkatan GC Daerah Kuala Muda Yan Siri 2/2009

Tarikh : 5 November 2009
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim
Masa : 8.00am - 5pm

Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPN Kedah, Tuan Haji Asmee bin Tajuddin.

Tuan Ketua Sektor mengucapkan tahniah dan syabas kepada 111 orang Guru Cemerlang (GC) daerah KM/Y atas pengiktirafan sebagai GC bagi mata pelajaran masing-masing. Tegas beliau, semua GC perlu meningkatkan kemahiran dan ilmu bagi mendalami bidang masing-masing kerana GC merupakan pakar rujuk guru-guru lain.

Tuan Haji Asmee juga menekankan bahawa semua guru perlu membaca malah memiliki bahan rujukan seperti Akta Pendidikan 1996 dan Majalah Pendidik. Kedua-dua bahan ini menekankan khusus dalam bidang pendidikan. Malah, menurut beliau buku Akta Pendidikan 1996 perlu dikhatamkan isi kandungannya.

Menurut beliau, buku ini juga turut menekankan beberapa perkara yang perlu diberi penekanan oleh pendidik dalam melayari bahtera pendidikan iaitu:
a) - Sikap
- Kemahiran
- Pengetahuan

b) Pendidikan menuju ke arah negara maju

c) Pendidikan menuju ke taraf dunia

d) Dasar Pendidikan Kebangsaan – FPK

e) Sistem Pendidikan Kebangsaan

Tuan Ketua Sektor sekali lagi menegaskan bahawa GC merupakan satu pengiktirafan yang melalui proses permohonan,dan penilaian. Antara program terkini yang melibatkan GC ialah program “Permata Pintar”. Ini bermaksud setiap GC perlu melaksanakan program yang ‘berkilau’ di sekolah masing-masing bagi meningkatkan prestasi murid-murid.

7 tip untuk menjadi GC yang berjaya- oleh Tn.Haji Asmee :

1. Tepati masa
2. Sentiasa Bersedia
3. Bekerja 8 jam
4. Jaga personaliti/imej
5. Sebab anda sebagai GC
6. Meningkatkan prestasi sekolah sendiri
7. Bergerak/bekerja tidak mengira jarak

Tuan Haji Asmee dalam rumusan ucapan beliau menyampaikan amanat Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia iaitu GC perlu menjaga imej, berubah gaya berfikir / bertindak, sentiasa pastikan kerja buat di sekolah, memastikan prestasi sekolah meningkat dari semasa ke semasa dengan usaha yang berterusan. Bagi Tuan Pengarah JPN, beliau mengharapkan setiap sekolah mempunyai sekurang-kurangnya seorang GC. GC juga perlu berkesan, berkualiti dan cemerlang. Akhirnya, beliau berharap semua GC dapat mencermin diri sendiri dan terus belajar daripada orang yang telah berjaya.

Ketua Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kedah, Tuan Haji Rosli bin Haji Din.

Tuan Haji Rosli memaklumkan bahawa GC negeri Kedah seramai 334 orang. Pada tahun 2009 permohonan menjadi GC meningkat dengan mendadak. Ini merupakan satu iklim yang amat memberansangkan. Beliau juga menjelaskan bahawa permohanan sebagai GC dinilai dalam aspek dan wajaran berikut:
1. Laporan Prestasi (3 tahun kebelakangan) = 40%
2. Sumbangan artikel = 30%
3. PNP = 30%

Tn. Haji Rosli memberi penjelasan bidang tugas Nazir dengan merujuk Akta Pendidikan 1996 .

Beliau menyarankan setiap GC perlu memahami peranan dan sumbangan masing-masing. Malah wajib menyediakan modul untuk dikongsi bersama rakan guru yang lain sama ada di peringkat sekolah, daerah atau negeri.

Kerjaya sebagai GC merupakan ‘laluan emas’ dan merupakan jawatan naik pangkat. GC diiktiraf sebagai guru yang cemerlang di bilik darjah yang menitikberatkan aktiviti mencungkil kemahiran murid. Untuk itu, PNP perlu telus dan berhemah. GC perlu tingkatkan pencapaian kualiti PNP dengan menekankan aspek;
1. Set Induksi – sering diabaikan oleh kebanyakan guru
2. Perkembangan
3. Rumusan
4. Refleksi – sering menjadi masalah kepada guru
5. Catatan

GC sebagai ‘role model’ perlu menguasai kemahiran mengawal kelas semasa PNP. Di samping itu, perlu meningkatkan motivasi guru-guru lain, membantu menaikkan nama sekolah dan tingkatkan penghasilan modul untuk membantu rakan sejawat.

GC perlu:
1. Berpengetahuan dalam bidang masing-masing ( Sukatan dan Kaedah PNP )
2. Berkemahiran untuk sampaikan ilmu
3. Berdedikasi melaksanakan tugas
4. Berkepakaran dalam bidang
5. Bermotivasi meningkatkan kualiti PNP.
6. Menguasai ICT
7. Berkemahiran dalam Berkomunikasi

Tuan Haji Rosli banyak menekankan aspek PNP dalam meletakkan GC sebagai guru yang cemerlang. Beliau selain mengucapkan tahniah,mengharapkan semua GC dapat menampilkan hasil kerja sebagai seorang GC.

No comments: