27.1.10

Panduan pemarkahan BM 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHE TOM

SUNGAI PETANI KEDAH

PANITIA BAHASA MELAYU

Panduan Menyemak Bahasa Melayu Kertas 2

(BM 1103/2)

Soalan 1 ( Rumusan )

Markah Penuh 30 dibahagi kepada:

(a) Isi        - 20 markah

(b) Bahasa    - 10 markah

(a)     Isi [ 20 markah ]

Nota :

(i)    Panduan mengira perkataan.

     Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:

  • Nama khas
  • Perkataan berulang
  • Penggunaan kata sendi di dan ke
  • Tarikh
  • Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
  • Gelaran
(ii)    Kira dan tandakan jawapan murid setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa.

(iii)    Periksa jawapan murid setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu

diperiksa.

(iv)    Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja

Nota:

Rujuk jadual pemarkahan bagi setiap isi di bawah.

BAHAGIAN 

MARKAH 

MARKAH 

(i) Pendahuluan 

 

2 

(ii) Isi Tersurat 

4 

5 

6 

7 

8 

9 

10 

11 

12 

16 

(iii) Isi tersirat 

12 

11 

10 

9 

8 

7 

6 

5 

4 

(iv) Kesimpulan 

 

2 

 

Jumlah markah 

20 

( b )    Bahasa [ 10 markah ]

    Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut:

Peringkat 

Markah

Isi 

Markah

Bahasa 

Huraian 

Baik

18 – 20

15 – 17 

9 – 10

7 – 9 

-kesinambungan isi baik

-struktur ayat/tatabahasa baik

-kosa kata luas

-tanda baca/ejaan betul

Sederhana 

12 – 14

8 – 11 

6 – 7

4 – 6 

-kesinambungan isi masih baik

-struktur ayat/tatabahasa masih

memuaskan

-kosa kata masih memuaskan

-tanda baca/ejaan juga

Memuaskan

Lemah 

1 – 7 

1 – 4 

-pada keseluruhannya dalam

serba kekurangan/tidak

memuaskan.

Nota:

(i)    Jika bahasa agak baik, tambah 1 markah lagi

(ii)    Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah

(iii)    Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun jumlah

perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah

(iv)    Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong

Soalan 2 [ Pemahaman ]

Markah penuh 35 dibahagikan kepada:

    Soalan 2(a)    :    9 markah

    Soalan 2(b)    :    9 markah

    Soalan 2(c)    :    8 markah

    Soalan 2(d)    ;    9 markah

Nota:

  • Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri
  • Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap
  • Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan betul, jangan beri markah penuh. Tolak 50%
  • Jawapan mestilah tepat mengikut konteks/isi yang cukup dan ayat yang gramatis
  • Isi mestilah cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat yang gramatis
  • Pastikan isi setara dengan jumlah peruntukan markah bagi setiap soalan.
Soalan 3 [ Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa ]

Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:

    Soalan 3(a)    ;    6 markah

    Soalan 3(b)    :    6 markah

    Soalan 3(c)    :    6 markah

    Soalan 3(d)    :    6 markah

    Soalan 3(e)    :    6 markah

Nota:

  • Markah diberikan kepada setiap ayat yang betul
  • Penolakkan markah dibuat kerana kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan soalan
  • Bagi bina ayat, perkataan yang diuji tidak boleh digunakan sebagai peribahasa dan nama khas seperti arahan soalan.
  • Jika murid memberikan maksud kepada perkataan yang diuji, markah penuh hendaklah diberi.
  • Ayat yang dibina mesti satu ayat jika lebih markah hendaklah ditolak
  • Murid boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
  • Isi mesti jelas.jika tidak markah dipotong
  • Jika menambah atau mengubah imbuhan tiada markah diperuntukkan
Soalan 4 [ Novel ]

Markah penuh 15 markah dibahagikan kepada 2 buah novel dari tingkatan 4 dan 5.

4 (a) : 7 markah

  • Mesti berdasarkan kepada sebuah novel yang dipelajari
  • Menulis dalam ayat yang lengkap
  • Setiap jawapan mestilah dengan huraian yang lengkap
  • Setiap jawapan mestilah dengan huraian yang lengkap
  • Markah isi maksimum = 4 markah
  • Markah bahasa maksimum = 3 markah
  • Markah bahasa diberi secara impression iaitu:

    Baik         : 3 markah

    Sederhana    : 2 markah

    Lemah     : 1 markah

4 (b) : 8 markah

  • Mesti berdasarkan novel yang dipelajari
  • Menulis dalam ayat yang lengkap
  • Setiap jawapan mestilah dengan huraian yang lengkap
  • Setiap jawapan mestilah dengan huraian yang lengkap
  • Markah isi maksimum = 6 markah
  • Markah bahasa maksimu = 1 markah

26.1.10

20 sekolah hebat

Kumpulan pertama Sekolah Berprestasi Tinggi diberi autonomi

PUTRAJAYA: Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula semalam dengan pemilihan kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SBT dibimbing dan dipantau secara khusus menjamin berlaku lonjakan prestasi secara berterusan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata penilaian SBT akan dibuat berdasarkan laporan tahunan petunjuk keberhasilan dan pemeriksaan sekolah mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang diubah suai.

Beliau bagaimanapun menjelaskan SBT bukan sekolah elit untuk sebilangan kecil pelajar, sebaliknya semua sekolah mempunyai peluang sama dan boleh bersaing ‘di padang sama rata’ bagi mendapat pengiktirafan itu.

“Tahun ini kita sasarkan 20 sekolah mengikut sub Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) kementerian, manakala 30 pada tahun depan dan 50 lagi pada 2012,” katanya pada sidang media mengumumkan senarai kumpulan pertama SBT yang meliputi 14 sekolah menengah (SM) dan enam sekolah rendah.

SM yang terpilih termasuk empat sekolah harian, iaitu SM Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya; SMK Sultanah Asma, Alor Setar; SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK (P) St George, Pulau Pinang.

Muhyiddin berkata, 20 sekolah berkenaan dipilih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara berdasarkan kriteria tertentu termasuk menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Mengenai nasib sekolah pedalaman, Muhyiddin berkata, mungkin mereka akan menghadapi cabaran kerana kemudahan yang belum setara dengan sekolah bandar, tetapi tetap boleh diiktiraf sebagai SBT jika memenuhi kriteria.

"Ini bukan usaha jangka pendek dan tak mungkin semua 10,000 sekolah naik ke tahap begitu, di mana dunia pun tidak begitu, tetapi tak kira bandar, luar bandar atau pedalaman, kalau prestasi bagus dia akan diiktiraf SBT manakala kemudahan di pedalaman kita akan terus perbaiki," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian belum ada mekanisme khusus mengenai langkah autonomi SBT yang membenarkan tempoh persekolahan ditamatkan setahun lebih awal bagi murid cemerlang.

"Panduan kasarnya ialah kerajaan berasakan pelajar cemerlang dibenarkan menamatkan persekolahan setahun lebih awal, tetapi ia akan bergantung kepada cadangan pengetua dan guru besar,” katanya.

SEKOLAH TERPILIH SBT

Sekolah Berasrama Penuh:

Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
Kolej Melayu Kuala Kangsar
Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
SMS Muzaffar Syah (Melaka)

Sekolah Menengah Harian:

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
SMK (P) St George (Pulau Pinang)

Sekolah Rendah:

Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
SK Bukit Damansara (KL)
SK Zainab (2) (Kota Bharu)
SK Convent Kota (Taiping)
SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)

Sekolah diberi autonomi:

-Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
-Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
-Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
-Memanjangkan waktu persekolahan.
-Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
-Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
-Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
-Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
-Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
-Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
-Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
-Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.

Kriteria pemilihan SBT :

-Pencapaian akademik yang cemerlang.
-Melahirkan personaliti unggul.
-Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
-Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
-Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
-Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara

Rujuk [B.Harian-26.1.2010]

4.1.10

Guru perlu kreatif mengajar

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak meminta warga pendidik lebih kreatif dan inovatif sekali gus berupaya memberi dimensi baru kepada proses pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar.

Perdana Menteri berkata, ia bukan saja mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang menarik tetapi juga mampu melahirkan pelajar cemerlang dan kreatif.

“Kita perlu lihat proses berkenaan memerlukan unsur kreativiti dan inovasi sebagai dimensi baru dalam proses pendidikan kita.

“Saya percaya perubahan ini akan menjadikan sistem pembelajaran lebih menarik dan pelajar akan lebih dinamik serta segar,” katanya pada majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut menyampaikan wang tunai sumbangan Yayasan Rahah kepada 371 pelajar dalam kawasan Parlimen itu yang memperoleh 5A dalam UPSR.

Najib berkata, golongan pendidik juga perlu menggunakan pelbagai medium termasuk internet untuk mencapai tahap kecemerlangan lebih tinggi.

Beliau berkata, ia bagi memudahkan mereka untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pelbagai maklumat dan perkembangan semasa sekali gus menggalakkan proses interaksi dan pembelajaran yang lebih dinamik.

Katanya, generasi kini lebih terbuka mindanya dan mudah mendapat maklumat menerusi internet.

“Justeru, jika guru tidak mengajar dan menyediakan kurikulum tanpa ada unsur kreatif dan inovatif, anak kita lebih mudah bosan terutama yang celik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT),” katanya.

Rujuk [B.Harian-4/1/10]