24.3.10
SIP di semua sekolah
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, SIP mempunyai matlamat jangka panjang bagi membolehkan sebanyak mungkin sekolah termasuk di luar bandar dan pedalaman mencapai tahap Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
Katanya, melalui SIP juga, permasalahan sesebuah sekolah dapat ditangani secara khusus dan ia akan bermula melalui analisis Toolkit Pembangunan Prestasi Sekolah (SIT) dengan mengambil kira empat elemen utama iaitu kepimpinan, guru, murid, ibu bapa dan infrastruktur.
"Hasil analisis SIT, setiap sekolah akan merangka dan merancang Pelan Pembangunan Prestasi Sekolah masing-masing.
"Pelan pembangunan yang telah dirangka akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Program Pembangunan Prestasi Sekolah yang berpusat di kementerian untuk dianalisis bagi menentukan pelan terbaik untuk sesebuah sekolah," katanya.
Beliau menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Ahli Parlimen Parit Sulong itu meminta kementerian menyatakan mengenai strategi yang diambil dalam mencapai sasaran mewujudkan 100 buah SBT menjelang 2012
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, beliau tidak menafikan bahawa program pembangunan sedemikian bukannya sesuatu yang baru namun kali ini pihaknya melakukan penambahbaikan dari aspek pelaksanaannya.
Katanya, pada kali ini ia akan menggunakan pendekatan dari bawah ke atas bagi memastikan masalah sebenar setiap sekolah dapat ditangani lebih-lebih lagi ia membabitkan pemantauan sistematik sejajar dengan inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan.
"Laporan mingguan dan bulanan mengenai prestasi program akan dikemukakan kepada pihak Pemandu untuk dipantau," tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Perdana Menteri berkata, SIP juga akan memberi perhatian khusus kepada sekolah rendah di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Katanya, ini kerana kementerian mendapati sekolah terbabit pada masa ini berada dalam kelompok sekolah berprestasi rendah.
Menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Muhyiddin berkata, kerajaan bersedia menimbangkan untuk memberi biasiswa selaras dengan amalan meritokrasi kepada pelajar yang berada dalam kelompok paling cemerlang.
Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun razak juga akan membuat pengumuman berhubung pemberian Biasiswa Nasional yang mempunyai semangat tersebut dalam masa terdekat.
"Tidak berapa lama lagi Perdana Menteri akan umum Biasiswa Nasional, ia akan diambil kira kriteria berdasarkan merit bukan kerana kaum, sesiapa sahaja sama ada Melayu, Cina dan India yang memenuhi kriteria yang terbaik di kalangan terbaik akan menerimanya," katanya.
Rujuk [U.Malaysia-24/3/2010]
22.3.10
Kajian untuk wajibkan pelajar asing belajar Bahasa Melayu
Rujuk [B.Harian-22/3/2010]
11.3.10
SPM 2009: Gladys Tan, SM Sains Seremban terbaik
Rujuk [U.Malaysia-11.3.2010]
10.3.10
Bayaran wad hospital untuk pegawai, pesara dimansuhkan
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam berkata menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam pemansuhan itu turut terpakai untuk anggota keluarga dan ibu bapa mereka.
"Pemansuhan bayaran wad itu juga tidak menjejaskan kelayakan wad yang ditetapkan untuk pegawai berdasarkan gred pegawai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata kelayakan wad untuk pegawai pengurusan tertinggi, Gred 45-54 ialah Kelas 1 bilik seorang, Gred 31-44 (Kelas 1 bilik berdua), Gred 21-30 (Kelas 1 bilik bertiga) dan Gred 1-20 (Kelas 2).
Kelayakan untuk anggota keluarga dan ibu bapa sah adalah berdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai awam berkenaan, katanya.
Kelayakan wad untuk pesara dan anggota keluarga mereka pula adalah berdasarkan gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara.
Ismail berkata jika pegawai awam, pesara, anggota keluarga atau ibu bapa sah meminta untuk dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi daripada kelayakan yang ditetapkan, pegawai awam atau pesara itu perlu membayar bayaran wad mengikut kadar yang dikenakan ke atas orang awam.
"Pegawai dan pesara juga dikehendaki membayar deposit sebelum dimasukkan ke wad yang lebih tinggi mengikut kadar yang ditetapkan,” katanya. - Bernama
Rujuk [U.Malaysia-10.3.2010]
7.3.10
Guru tingkat pencapaian sekolah turut diberi insentif
Timbalan Perdana Menteri berkata, pemberian tersebut perlu diberikan secara menyeluruh kerana kejayaan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada seorang pengetua atau guru besar tetapi membabitkan kerjasama semua guru.
Beliau berkata, maklumat terperinci berhubung pelaksanaan insentif baru menerusi Pelan Menambah Baik Sekolah-Sekolah itu akan diumumkan pada 16 Mei ini.
“Kalau mereka menunjukkan kecemerlangan tak kira di bandar atau luar bandar, ikut ukuran apa yang kita sebut kumpulan-kumpulan tertentu.
“Tetapi kalau meningkat sedikit pun (cemerlang) kita akan bagi juga imbuhan kepada guru besar, pengetua dan guru-guru di sekolah itu.
“Maknanya, bukan hanya bagi pengetua atau guru besar tetapi kepada semuanya, kerana kita iktiraf peranan itu bukan hanya dimainkan oleh seorang pemimpin dalam sekolah, sebaliknya semua guru mesti bekerja sama. Kalau (sekolah) meningkat, semua dapat kredit,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Perak di Slim River dekat sini hari ini.
Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) Pusat dan negeri Perak.
Muhyiddin berkata, pemberian insentif tersebut adalah sebagai galakan kepada pihak sekolah tanpa mengira sama ada ia sekolah bandar atau luar bandar untuk bekerjasama dalam mencapai kecemerlangan.
“Kita boleh melihat kalau di sekolah itu ada kepimpinan yang baik, walaupun tidak mendapat peruntukan tetapi mampu meningkatkan pencapaian, maka ia akan diberi penilaian dan akan diiktiraf,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan memberi geran pelancaran kepada pihak swasta yang membuka kelas-kelas prasekolah di negara ini.
Langkah tersebut, katanya, bagi menjayakan matlamat memastikan 87 peratus kanak-kanak yang akan memasuki alam persekolahan dalam tempoh tiga tahun lagi mempunyai pendidikan asas.
Selain itu, jelas beliau, kementerian juga akan menampung kos melatih guru-guru yang ditempatkan di prasekolah terbabit.
Terdahulu, dalam pertemuannya dengan warga pendidik di Politeknik Sultan Azlan Shah (Polisas) Behrang, Muhyiddin mahu guru-guru berusaha bersungguh-sungguh ke arah mencapai kecemerlangan pendidikan.
Beliau berkata, langkah kementerian memperkenalkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) adalah sebagai persediaan untuk melonjakkan lagi bidang pendidikan negara ke peringkat yang lebih tinggi.
“Kita minta guru-guru bersama-sama membantu mencapai matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang disasarkan kerana kita tidak mahu juara kampung tetapi yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
“Kalau guru-guru bersemangat meningkatkan pencapaian murid-murid dan para pelajar, langkah-langkah ini akan diiktiraf oleh pihak kementerian dan juga layak untuk mendapat imbuhan insentif tahun depan,” katanya.
[Rujuk]
9.2.10
Panduan pemarkahan BM PMR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHE TOM
SUNGAI PETANI KEDAH
PANITIA BAHASA MELAYU
Panduan Menyemak Bahasa Melayu Kertas 2 - PMR
(BM 02/2)
Nota:
Pemarkahan ;
Bahagian A (i) : 20 markah
Bahagian A (ii) : 10 markah
Bahagian B : 20 markah
Bahagian C : 40 markah
Bahagian D : 10 markah
JUMLAH : 100 markah
Bahagian A(i) : Ringkasan [ 20 markah ]
- Bahasa dinilai secara tanggapan (impression)
- Tandakan kesalahan bahasa sebagaimana penandaan karangan (tiada potongan markah bagi kesalahan ejaan).
- Tandakan (/) pada setiap isi.
- Baca dan periksa setakat 80 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir.
- Buat garisan panjang selepas 80 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir.
- Murid menjawab dalam perenggan, periksa seperti biasa.
- Walaupun isi kurang, bahasa diperiksa seperti biasa.
- Jawapan murid dalam catatan, berikan markah penuh untuk isi markah maksimum untuk bahasa ialah 6 markah sahaja.
- Jika isi disalin secara terpilih dan dibuat dalam bentuk catatan (poin), markah isi seperti biasa tetapi maksimum bahasa ialah 4 markah.
- Jika murid menyalin petikan, markah isi akan ditolak 50% dan markah maksimum bahasa ialah 2 markah.
KRITERIA PENSKORAN
PERINGKAT | MARKAH | KRITERIA |
CEMERLANG | 09 -10 |
|
BAIK | 06 – 08 |
|
MEMUASKAN | 03 – 05 |
|
PENGUASAAN MINIMUM | 10 - 02 |
|
Cara menulis markah
a) Isi = 10 b) Isi = 10
Bahasa = 10 Bahasa = 05*(salin isi secara terpilih)
JUMLAH 20 JUMLAH 15
c) Isi = 09*(isi tidak lengkap) d) Isi - 08*( - 50%) = 04
Bahasa = 08 Bahasa = 02*(salin petikan)
JUMLAH 17 JUMLAH 06
KRITERIA MARKAH ISI ( 10 MARKAH )
BILANGAN ISI | MARKAH |
5 | 9 – 10 |
4 | 7 – 8 |
3 | 5 – 6 |
2 | 3 – 4 |
1 | 1 - 2 |
Bahagian A(ii) : Pemahaman [ 10 markah ]
- Untuk markah penuh bagi soalan maksud rangkai kata - maksud mesti tepat mengikut konteks dan ayat gramatis. Penolakan markah untuk jawapan yang tidak tepat / ayat tidak gramatis.
- Untuk markah penuh soalan pemahaman – isi mesti cukup serta lengkap dan ayat gramatis.markah ditolak jika isi tidak lengkap / cukup dan ayat tidak gramatis.
- Bagi soalan kemahiran berfikir, isi mestilah releven mengikut tugasan dan ayat gramatis.Markah akan ditolak jika isi tidak / kurang releven dan bahasa tidak gramatis
BAHAGIAN B : KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN
[ 20 MARKAH ]
KRITERIA PENSKORAN
PERINGKAT | MARKAH | KRITERIA |
CEMERLANG | 16 – 20
(18-20)
( 16 – 17 ) |
|
BAIK |
11 – 15 ( 13 – 15 ) ( 11 – 12 ) |
|
MEMUASKAN | 06 – 10
( 08 – 10 ) ( 06 – 07 ) |
|
PENGUASAAN MINIMUM |
01 – 05 |
|
NOTA:
Cara menyemak jawapan murid yang terdapat kesalahan bahasa, tanda baca, ejaan dan isi / fakta adalah seperti berikut.
____________________ kesalahan bahasa, perkataan dan frasa
/ kesalahan ejaan
// kesalahan ejaan yang berulang
Kesalahan tanda baca
( ) kesalahan isi / fakta
BAHAGIAN C : KARANGAN RESPON TERBUKA [ 40 MARKAH ]
PERINGKAT | MARKAH |
CEMERLANG | 33 - 40 |
KEPUJIAN | 25 – 32 |
BAIK | 17 – 24 |
MEMUASKAN | 09 – 16 |
PENGUASAAN MINIMUM | 01 - 08 |
KRITERIA MENILAI KEMAHIRAN MENULIS
ASPEK | KRITERIA |
BAHASA |
Ayat (sintaksis)
|
IDEA |
|
PENGOLAHAN |
|
KRITERIA PENSKORAN
PERINGKAT | MARKAH | KRITERIA |
CEMERLANG | 33 – 40 ( 37 – 40 ) ( 33 – 36 ) |
|
KEPUJIAN | 25 – 32 ( 29 – 32 ) ( 25 – 28 ) |
|
BAIK | 17 – 24 ( 21 – 24 ) ( 17 – 20 ) |
|
MEMUASKAN | 09 – 16 ( 13 – 16 ) ( 09 – 12 ) |
|
PENGUASAAN MINIMUM | 01 – 08 ( 05 – 08 ) ( 01 – 04 ) |
|
NOTA;
Cara penandaan menyemak semasa menyemak jawapan murid seperti nota di atas.
BAHAGIAN D: PEMAHAMAN NOVEL [ 10 MARKAH ]
PEMBAHAGIAN MARKAH
PERINCIAN | MARKAH |
ISI | 6 Markah |
BAHASA | 4 Markah |
KRITERIA MARKAH BAHASA
PERINGKAT | MARKAH | KRITERIA |
CEMERLANG | 04 |
|
BAIK | 02 – 03 |
|
MEMUASKAN | 01 |
|
NOTA:
- Markah Maksimum Isi : 3 isi
- Jawapan murid mestilah berdasarkan novel-novel yang dipelajari di tingkatan 1, 2 dan 3
- Markah maksimum bagi bahasa 4 markah
- Markah bahasa diberi secara tanggapan (impression)
- Markah maksimum 10 markah
Mariyamismail@gmail.com.my
2.2.10
Panduan pemarkahan BM 1
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHE TOM
SUNGAI PETANI KEDAH
PANITIA BAHASA MELAYU
Panduan Menyemak Bahasa Melayu Kertas 1- SPM
(BM 1103/1)
NOTA:
- Kertas 1 ini bertujuan menguji murid membina, mengumpul, memilih dan menyusun atur idea-idea, hujah-hujah dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk
- Menguji murid melahirkan idea, pendapat, hujah, pengalaman dan perasaan dengan bahasa yang jelas dan berkesan
- Menguji murid dalam menguasai teknik mengarang pelbagai bentuk karangan dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan, menguasai penggunaan perenggan-perenggan dan tanda-tanda baca pada tempat-tempat dan keadaan yang sesuai.
- Menguji keupayaan murid menulis dengan bahasa yang kemas, lancar dan jelas, struktur ayat yang betul dan gaya bahasa yang menarik serta bersesuaian dengan tajuk karangan
Bahagian A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan ( 30 markah )
KRITERIA PENSKORAN
PERINGKAT | MARKAH | KRITERIA |
CEMERLANG | 26 – 30
(28 – 30)
(26 – 27) |
|
KEPUJIAN | 20 – 25
(23 – 25)
(20 – 22) |
|
MEMUASKAN | 15 – 19
(17 – 19)
(15 – 16) |
|
KURANG MEMUASKAN | 10 – 14
(12 – 14)
(10 – 11) |
|
PENCAPAIAN UMUM | 01 – 09
(06 – 09)
(01 – 05) |
|
***Ungkapan menarik –
peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-
kata hikmat, petikan hadis, maksud Al-Quran dan lain-lain.
Bahagian B: karangan Berdasarkan Bahan Ransangan ( 100 markah )
NOTA:
KRITERIA | DESKRIPSI |
1. BAHASA (Mekanis) |
|
2. LARAS ( Dinamis ) |
|
3. IDEA ( Isi ) |
|
4. PENGOLAHAN |
|
5. GAYA BAHASA |
|
KRITERIA PENSKORAN
PERINGKAT | MARKAH | KRITERIA |
CEMERLANG | 80 – 100 (90 – 100) (80 – 89) |
|
KEPUJIAN | 66 – 79 (73 – 79) (66 – 72) |
|
BAIK | 51 – 65 (58 – 65) (51 – 57) |
|
MEMUASKAN | 36 – 50 (43 – 50) (36 – 42) |
|
KURANG MEMUASKAN | 21 – 35 (28 – 35) (21 – 27) |
|
PENCAPAIAN MINIMUM | 01 – 20 (11 – 20) (01 – 10) |
|
NOTA:
Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca:
( ) = Kesalahan isi.
------------------- = Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan.
/ = Kesalahan ejaan dan huruf besar ( nama khas ).
// = Kesalahan ejaan yang berulang.
= Kesalahan tanda baca.
= Tinggal
'Ikutlah resmi padi: semakin berisi semakin tunduk'.
mariyamismail@gmail.com