9.2.10

Panduan pemarkahan BM PMR

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHE TOM

SUNGAI PETANI KEDAH

PANITIA BAHASA MELAYU

Panduan Menyemak Bahasa Melayu Kertas 2 - PMR

(BM 02/2)

Nota:

Pemarkahan ;

    Bahagian A (i)        :    20 markah

    Bahagian A (ii)    :    10 markah

    Bahagian B        :    20 markah

    Bahagian C        :    40 markah

    Bahagian D        :    10 markah

    JUMLAH        : 100 markah


 

Bahagian A(i)        :    Ringkasan [ 20 markah ]

  • Bahasa dinilai secara tanggapan (impression)
  • Tandakan kesalahan bahasa sebagaimana penandaan karangan (tiada potongan markah bagi kesalahan ejaan).
  • Tandakan (/) pada setiap isi.
  • Baca dan periksa setakat 80 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir.
  • Buat garisan panjang selepas 80 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir.
  • Murid menjawab dalam perenggan, periksa seperti biasa.
  • Walaupun isi kurang, bahasa diperiksa seperti biasa.
  • Jawapan murid dalam catatan, berikan markah penuh untuk isi markah maksimum untuk bahasa ialah 6 markah sahaja.
  • Jika isi disalin secara terpilih dan dibuat dalam bentuk catatan (poin), markah isi seperti biasa tetapi maksimum bahasa ialah 4 markah.
  • Jika murid menyalin petikan, markah isi akan ditolak 50% dan markah maksimum bahasa ialah 2 markah.


 


 

KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT 

MARKAH 

KRITERIA 

CEMERLANG 

09 -10 

  • Bahasa baik dan lancar.
  • Berupaya menggunakan ayat sendiri
    • Pemilihan kata yang tepat
    • Ayat yang gramatis
    • Penanda wacana yang sesuai
  • Ejaan dan tanda baca yang betul.

BAIK 

06 – 08 

  • Bahasa masih baik dan masih lancar
  • Masih berupaya mengguna ayat sendiri
    • Pemilihan kata yang terhad
    • Ayat yang masih gramatis
    • Penanda wacana masih sesuai.
  • Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum.

MEMUASKAN 

03 – 05 

  • Bahasa kurang lancar.
  • Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat, ejaan dan tanda baca

    ATAU

  • Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih.

PENGUASAAN MINIMUM 

10 - 02

  • Keseluruhan jawapan menggambarkan penguasaan bahasa yang lemah. Menyalin secara terus daripada petikan.


 

Cara menulis markah

a)    Isi     =    10            b)    Isi    =     10

    Bahasa    =    10                Bahasa =    05*(salin isi secara terpilih)

    JUMLAH     20                JUMLAH    15


 

c)    Isi    =    09*(isi tidak lengkap) d)    Isi - 08*( - 50%) =     04

    Bahasa =    08                Bahasa         =    02*(salin petikan)

    JUMLAH    17                JUMLAH        06


 

KRITERIA MARKAH ISI ( 10 MARKAH )

BILANGAN ISI 

MARKAH 

5 

9 – 10 

4 

7 – 8 

3 

5 – 6 

2 

3 – 4 

1 

1 - 2 


 

Bahagian A(ii)    :    Pemahaman [ 10 markah ]

  • Untuk markah penuh bagi soalan maksud rangkai kata - maksud mesti tepat mengikut konteks dan ayat gramatis. Penolakan markah untuk jawapan yang tidak tepat / ayat tidak gramatis.
  • Untuk markah penuh soalan pemahaman – isi mesti cukup serta lengkap dan ayat gramatis.markah ditolak jika isi tidak lengkap / cukup dan ayat tidak gramatis.
  • Bagi soalan kemahiran berfikir, isi mestilah releven mengikut tugasan dan ayat gramatis.Markah akan ditolak jika isi tidak / kurang releven dan bahasa tidak gramatis


 

BAHAGIAN B    :    KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN

[ 20 MARKAH ]

KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT 

MARKAH 

KRITERIA 

CEMERLANG

16 – 20


 

(18-20)


 

( 16 – 17 )

  • Ayat gramatis
  • Penggunaan kata dan kosa kata yang luas dan tepat
  • Kesalahan penggunaan kata yang minimum
  • Ejaan dan tanda baca yang betul
  • Idea yang relevan berdasarkan tugasan.
  • Huraian idea seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai dan berkembang
  • Pengolahan yang menarik dan berkesan.

BAIK


 

11 – 15

( 13 – 15 )

( 11 – 12 ) 

  • Ayat masih gramatis
  • Penggunaan kata dan kosa kata masih luas dan tepat
  • Kesalahan penggunaan kata yang minimum
  • Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
  • Idea yang relevan berdasarkan tugasan.huraian idea seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan masih sesuai tetapi kurang dikembangkan
  • Pengolahan masih menarik

MEMUASKAN

06 – 10


 

( 08 – 10 )

( 06 – 07 ) 

  • Ayat kurang gramatis
  • Penggunaan kata dan kosa kata yang terhad
  • Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
  • Idea yang relevan berdasarkan tugasan.huraian idea seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan yang terhad
  • Pengolahan tidak menarik

PENGUASAAN MINIMUM


 

01 – 05


 

  • Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap
  • Idea kabur / tidak berkaitan dengan tugasan.


 

NOTA:

Cara menyemak jawapan murid yang terdapat kesalahan bahasa, tanda baca, ejaan dan isi / fakta adalah seperti berikut.

____________________    kesalahan bahasa, perkataan dan frasa


 

    /            kesalahan ejaan

    //            kesalahan ejaan yang berulang

                Kesalahan tanda baca

(        )        kesalahan isi / fakta


 


 


 

BAHAGIAN C :    KARANGAN RESPON TERBUKA [ 40 MARKAH ]


 

PERINGKAT 

MARKAH 

CEMERLANG

33 - 40 

KEPUJIAN

25 – 32 

BAIK

17 – 24 

MEMUASKAN

09 – 16 

PENGUASAAN MINIMUM

01 - 08 


 


 

KRITERIA MENILAI KEMAHIRAN MENULIS


 

ASPEK 

KRITERIA 

BAHASA 

  • Kegramatisan: Kata (morfologi)

Ayat (sintaksis)

  • Ejaan dan tanda baca betul
  • Kosa kata luas dan tepat

IDEA

  • Isi-isi sesuai
  • Huraian isi jelas
  • Contoh yang sesuai

PENGOLAHAN 

  • Pengolahan menarik dan berkesan
  • Pemerengganan sesuai
  • Format menepati tugasan
  • Unsure keindahan bahasa (pantun dan peribahasa)


 

KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT 

MARKAH 

KRITERIA 

CEMERLANG

33 – 40

( 37 – 40 )

( 33 – 36 )

  • Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat
  • Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi tedapat kesalahan yang minimum
  • Penggunaan penanda wacana yang betul
  • Ejaan dan tanda baca yang betul
  • Penggunaan kosa kata yang luas dan tepat
  • Idea yang relevan dengan huraian yang jelas beserta dengan contoh-contoh yang sesuai
  • Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai dan format menepati kehendak tugasan
  • Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik

KEPUJIAN 

25 – 32

( 29 – 32 )

( 25 – 28 )

  • Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat
  • Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi tedapat kesalahan yang minimum
  • Penggunaan penanda wacana yang sesuai
  • Ejaan dan tanda baca yang betul
  • Penggunaan kosa kata yang luas
  • Idea yang relevan dengan huraian yang jelas beserta dengan contoh-contoh
  • Pengolahan menarik dengan pemerengganan yang sesuai dan format menepati kehendak tugasan
  • Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik

BAIK 

17 – 24

( 21 – 24 )

( 17 – 20 )

  • Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai
  • Penggunaan ayat majmuk gabungan yang gramatis tetapi tedapat kesalahan yang minimum
  • Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai
  • Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum
  • Penggunaan kosa kata umum tetapi terdapat kesalah yang minimum
  • Idea masih relevan dengan huraian yang masih jelas
  • Pengolahan masih menarik dengan pemerengganan yang masih sesuai dan format menepati kehendak tugasan

MEMUASKAN 

09 – 16

( 13 – 16 )

( 09 – 12 )

  • Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad
  • Penggunaan ayat yang mudah tetapi tedapat kesalahan yang minimum
  • Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat
  • Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara
  • Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas
  • Pengolahan kurang menarik dengan pemerengganan yang kurang sesuai dan format yang kurang tepat

PENGUASAAN

MINIMUM 

01 – 08

( 05 – 08 )

( 01 – 04 )

  • Keseluuruhan jawapan murid menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap
  • Tidak menjawab tugasan / soalan


 

NOTA;

Cara penandaan menyemak semasa menyemak jawapan murid seperti nota di atas.


 


 

BAHAGIAN D: PEMAHAMAN NOVEL [ 10 MARKAH ]


 

PEMBAHAGIAN MARKAH


 

PERINCIAN 

MARKAH 

ISI 

6 Markah 

BAHASA 

4 Markah 


 


 


 

KRITERIA MARKAH BAHASA

PERINGKAT 

MARKAH 

KRITERIA 

CEMERLANG 

04 

  • Bahasa baik dan lancar
  • Ayat gramatis
  • Ejaan dan tanda baca yang betul

BAIK 

02 – 03 

  • Bahasa masih baik dan masih lancar
  • Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum
  • Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum

MEMUASKAN 

01 

  • Bahasa tidak cekap
  • Ayat tidak gramatis
  • Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara


 

NOTA:

  • Markah Maksimum Isi : 3 isi
  • Jawapan murid mestilah berdasarkan novel-novel yang dipelajari di tingkatan 1, 2 dan 3
  • Markah maksimum bagi bahasa 4 markah
  • Markah bahasa diberi secara tanggapan (impression)
  • Markah maksimum 10 markah


     


     


     


     


     


     


     


     

Mariyamismail@gmail.com.my

2.2.10

Panduan pemarkahan BM 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHE TOM

SUNGAI PETANI KEDAH

PANITIA BAHASA MELAYU

Panduan Menyemak Bahasa Melayu Kertas 1- SPM

(BM 1103/1)

NOTA:

  • Kertas 1 ini bertujuan menguji murid membina, mengumpul, memilih dan menyusun atur idea-idea, hujah-hujah dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk
  • Menguji murid melahirkan idea, pendapat, hujah, pengalaman dan perasaan dengan bahasa yang jelas dan berkesan
  • Menguji murid dalam menguasai teknik mengarang pelbagai bentuk karangan dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan, menguasai penggunaan perenggan-perenggan dan tanda-tanda baca pada tempat-tempat dan keadaan yang sesuai.
  • Menguji keupayaan murid menulis dengan bahasa yang kemas, lancar dan jelas, struktur ayat yang betul dan gaya bahasa yang menarik serta bersesuaian dengan tajuk karangan


     

Bahagian A : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan ( 30 markah )


 

KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT 

MARKAH 

KRITERIA 

CEMERLANG

26 – 30


 

(28 – 30)


 

(26 – 27) 

  • Karangan menepati tema bahan ransangan.
  • Idea releven dengan tema bahan ransangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang.
  • Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sisitem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata luas dan tepat.
  • Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik.

KEPUJIAN

20 – 25


 

(23 – 25)


 

(20 – 22) 

  • Karangan menepati tema bahan ransangan.
  • Idea releven dengan tema bahan ransangan dan dihuraikan dengan jelas
    .
  • Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. Penggunaan kosa kata luas dan luas.
  • Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi.

MEMUASKAN

15 – 19


 

(17 – 19)


 

(15 – 16)

  • Karangan masih menepati tema bahan ransangan.
  • Idea masih releven dengan tema bahan ransangan. Huraian idea masih jelas .
  • Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu.
  • Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi.

KURANG

MEMUASKAN

10 – 14


 

(12 – 14)


 

(10 – 11) 

  • Karangan masih/kurang menepati tema bahan ransangan.
  • Idea masih/kurang releven dengan tema bahan ransangan. Huraikan idea kurang masih jelas .
  • Bahasa kurang gramatis dari egi kata dan ayat. Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara . Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara.Penggunaan kosa kata terhad
  • Wacana kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi.

PENCAPAIAN

UMUM

01 – 09


 

(06 – 09)


 

(01 – 05)

  • Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis.
  • Idea tidak menepati tema bahan ransangan.
  • Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat.


 

***Ungkapan menarik –
peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-

kata hikmat, petikan hadis, maksud Al-Quran dan lain-lain.


 


 


 

Bahagian B: karangan Berdasarkan Bahan Ransangan ( 100 markah )

NOTA:

KRITERIA 

DESKRIPSI 

1. BAHASA

(Mekanis) 

  • Kegramatisan - Kata ( morfologi )

    - Ayat ( sintaksisis )

  • Tanda baca


 

  • Ejaan

2. LARAS

( Dinamis )

  • Pemilihan kosa kata

3. IDEA

( Isi )

  • Tema
  • Isi utama
  • Pengembangan(huraian/bahasa/hujahan/contoh)
  • Kerelevanan

4. PENGOLAHAN

  • Wacana
  • Logik
  • Pemerengganan
  • Format

5. GAYA BAHASA 

  • Keingahan bahasa
  • Ungkapan
  • Peribahasa


 


 


 

KRITERIA PENSKORAN

PERINGKAT 

MARKAH 

KRITERIA 

CEMERLANG 

80 – 100

(90 – 100)

(80 – 89) 

  • Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai.
  • Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis.
  • Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat.
  • Penggunaan kosa kata luas yang tepat.
  • Ejaan dan tanda baca yang betul.
  • Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
  • Penggunaan unsur bahasa bervariasi.
  • Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
  • Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerenganan sesuai.
  • Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.

KEPUJIAN 

66 – 79

(73 – 79)

(66 – 72) 

  • Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas, disertakan dengan contoh yang sesuai.
  • Penggunaan pelbagai jenis ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
  • Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat.
  • Penggunaan kosa kata luas yang tepat.
  • Ejaan dan tanda baca yang betul.
  • Laras bahasa sesuai dengan tugasan.
  • Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
  • Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa.
  • Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai.
  • Wacana lengkap dan masih terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan.

BAIK 

51 – 65

(58 – 65)

(51 – 57) 


 

  • Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh masih sesuai.
  • Penggunaan ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum.
  • Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai.
  • Penggunaan kosa kata umum.
  • Ejaan dan tanda baca masih betul.
  • Laras bahasa sesuai mengikut tugasan.
  • Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi.
  • Gaya bahasa yang kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.
  • Pengolahan masih menarik dan pemerengganan masih sesuai.
  • Wacana masih lengkap.

MEMUASKAN 

36 – 50

(43 – 50)

(36 – 42) 

  • Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang jelas dan contoh kurang sesuai.
  • Ayat kurang gramatis
  • Penggunaan pelbagai jenis kata terhad.
  • Penggunaan kosa kata umum dan terhad.
  • Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum.gaya, bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.
  • Laras bahasa kurang sesuai.
  • Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi.
  • Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan.
  • Pengolahan kurang menarik.
  • Wacana masih / kurang lengkap.

KURANG MEMUASKAN 

21 – 35

(28 – 35)

(21 – 27) 

  • Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.
  • Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami.
  • Penggunaan kata kurang tepat.
  • Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
  • Unsur bahasa tidak bervariasi.
  • Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah.
  • Pengolahan tidak menarik.
  • Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang.

PENCAPAIAN MINIMUM 

01 – 20

(11 – 20)

(01 – 10) 

  • Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai.
  • Keseluruhannya menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis.
  • Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara.
  • Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah dan tidak menarik.
  • Pengolahan tidak menarik.
  • Wacana tidak lengkap binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai.
  • Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami.


 


 

NOTA:

Cara menanda kesalahan isi, ejaan dan tanda baca:


 

    (        )        =    Kesalahan isi.


 

     -------------------         =    Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan.


 

     /            =    Kesalahan ejaan dan huruf besar ( nama khas ).


 

        //            =    Kesalahan ejaan yang berulang.


 

                    =    Kesalahan tanda baca.


 

                    =    Tinggal


 


 

'Ikutlah resmi padi: semakin berisi semakin tunduk'.

mariyamismail@gmail.com

27.1.10

Panduan pemarkahan BM 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN CHE TOM

SUNGAI PETANI KEDAH

PANITIA BAHASA MELAYU

Panduan Menyemak Bahasa Melayu Kertas 2

(BM 1103/2)

Soalan 1 ( Rumusan )

Markah Penuh 30 dibahagi kepada:

(a) Isi        - 20 markah

(b) Bahasa    - 10 markah

(a)     Isi [ 20 markah ]

Nota :

(i)    Panduan mengira perkataan.

     Perkataan yang dikira sebagai satu perkataan:

  • Nama khas
  • Perkataan berulang
  • Penggunaan kata sendi di dan ke
  • Tarikh
  • Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
  • Gelaran
(ii)    Kira dan tandakan jawapan murid setakat 120 patah perkataan sahaja sebelum diperiksa.

(iii)    Periksa jawapan murid setakat 120 patah perkataan sahaja. Yang selebihnya tidak perlu

diperiksa.

(iv)    Berikan markah bagi setiap isi yang tepat dan lengkap sahaja

Nota:

Rujuk jadual pemarkahan bagi setiap isi di bawah.

BAHAGIAN 

MARKAH 

MARKAH 

(i) Pendahuluan 

 

2 

(ii) Isi Tersurat 

4 

5 

6 

7 

8 

9 

10 

11 

12 

16 

(iii) Isi tersirat 

12 

11 

10 

9 

8 

7 

6 

5 

4 

(iv) Kesimpulan 

 

2 

 

Jumlah markah 

20 

( b )    Bahasa [ 10 markah ]

    Asas pemberian markah bahasa tertakluk kepada markah isi seperti yang dinyatakan dalam jadual berikut:

Peringkat 

Markah

Isi 

Markah

Bahasa 

Huraian 

Baik

18 – 20

15 – 17 

9 – 10

7 – 9 

-kesinambungan isi baik

-struktur ayat/tatabahasa baik

-kosa kata luas

-tanda baca/ejaan betul

Sederhana 

12 – 14

8 – 11 

6 – 7

4 – 6 

-kesinambungan isi masih baik

-struktur ayat/tatabahasa masih

memuaskan

-kosa kata masih memuaskan

-tanda baca/ejaan juga

Memuaskan

Lemah 

1 – 7 

1 – 4 

-pada keseluruhannya dalam

serba kekurangan/tidak

memuaskan.

Nota:

(i)    Jika bahasa agak baik, tambah 1 markah lagi

(ii)    Jika bahasanya kurang memuaskan, tolak 1 markah

(iii)    Jika disalin bulat-bulat perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, walaupun jumlah

perkataan kurang daripada 120 patah perkataan, berikan 0 markah

(iv)    Jika rumusan kurang daripada 120 patah perkataan, markah tidak dipotong

Soalan 2 [ Pemahaman ]

Markah penuh 35 dibahagikan kepada:

    Soalan 2(a)    :    9 markah

    Soalan 2(b)    :    9 markah

    Soalan 2(c)    :    8 markah

    Soalan 2(d)    ;    9 markah

Nota:

  • Jawapan hendaklah menggunakan ayat sendiri
  • Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap
  • Jika disalin bulat-bulat daripada teks dan betul, jangan beri markah penuh. Tolak 50%
  • Jawapan mestilah tepat mengikut konteks/isi yang cukup dan ayat yang gramatis
  • Isi mestilah cukup dan lengkap/relevan dengan tugasan dan ayat yang gramatis
  • Pastikan isi setara dengan jumlah peruntukan markah bagi setiap soalan.
Soalan 3 [ Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa ]

Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:

    Soalan 3(a)    ;    6 markah

    Soalan 3(b)    :    6 markah

    Soalan 3(c)    :    6 markah

    Soalan 3(d)    :    6 markah

    Soalan 3(e)    :    6 markah

Nota:

  • Markah diberikan kepada setiap ayat yang betul
  • Penolakkan markah dibuat kerana kesalahan ejaan/jalan bahasa/tanda baca daripada keseluruhan soalan
  • Bagi bina ayat, perkataan yang diuji tidak boleh digunakan sebagai peribahasa dan nama khas seperti arahan soalan.
  • Jika murid memberikan maksud kepada perkataan yang diuji, markah penuh hendaklah diberi.
  • Ayat yang dibina mesti satu ayat jika lebih markah hendaklah ditolak
  • Murid boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
  • Isi mesti jelas.jika tidak markah dipotong
  • Jika menambah atau mengubah imbuhan tiada markah diperuntukkan
Soalan 4 [ Novel ]

Markah penuh 15 markah dibahagikan kepada 2 buah novel dari tingkatan 4 dan 5.

4 (a) : 7 markah

  • Mesti berdasarkan kepada sebuah novel yang dipelajari
  • Menulis dalam ayat yang lengkap
  • Setiap jawapan mestilah dengan huraian yang lengkap
  • Setiap jawapan mestilah dengan huraian yang lengkap
  • Markah isi maksimum = 4 markah
  • Markah bahasa maksimum = 3 markah
  • Markah bahasa diberi secara impression iaitu:

    Baik         : 3 markah

    Sederhana    : 2 markah

    Lemah     : 1 markah

4 (b) : 8 markah

  • Mesti berdasarkan novel yang dipelajari
  • Menulis dalam ayat yang lengkap
  • Setiap jawapan mestilah dengan huraian yang lengkap
  • Setiap jawapan mestilah dengan huraian yang lengkap
  • Markah isi maksimum = 6 markah
  • Markah bahasa maksimu = 1 markah

26.1.10

20 sekolah hebat

Kumpulan pertama Sekolah Berprestasi Tinggi diberi autonomi

PUTRAJAYA: Misi mengangkat sekolah negara ini ke taraf dunia bermula semalam dengan pemilihan kumpulan pertama 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Autonomi itu antara lain memberi kelonggaran memanjangkan waktu persekolahan, menamatkan tempoh persekolahan pelajar cemerlang setahun lebih awal, mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SBT dibimbing dan dipantau secara khusus menjamin berlaku lonjakan prestasi secara berterusan.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata penilaian SBT akan dibuat berdasarkan laporan tahunan petunjuk keberhasilan dan pemeriksaan sekolah mengikut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang diubah suai.

Beliau bagaimanapun menjelaskan SBT bukan sekolah elit untuk sebilangan kecil pelajar, sebaliknya semua sekolah mempunyai peluang sama dan boleh bersaing ‘di padang sama rata’ bagi mendapat pengiktirafan itu.

“Tahun ini kita sasarkan 20 sekolah mengikut sub Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) kementerian, manakala 30 pada tahun depan dan 50 lagi pada 2012,” katanya pada sidang media mengumumkan senarai kumpulan pertama SBT yang meliputi 14 sekolah menengah (SM) dan enam sekolah rendah.

SM yang terpilih termasuk empat sekolah harian, iaitu SM Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya; SMK Sultanah Asma, Alor Setar; SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan SMK (P) St George, Pulau Pinang.

Muhyiddin berkata, 20 sekolah berkenaan dipilih daripada 10,000 sekolah di seluruh negara berdasarkan kriteria tertentu termasuk menunjukkan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Mengenai nasib sekolah pedalaman, Muhyiddin berkata, mungkin mereka akan menghadapi cabaran kerana kemudahan yang belum setara dengan sekolah bandar, tetapi tetap boleh diiktiraf sebagai SBT jika memenuhi kriteria.

"Ini bukan usaha jangka pendek dan tak mungkin semua 10,000 sekolah naik ke tahap begitu, di mana dunia pun tidak begitu, tetapi tak kira bandar, luar bandar atau pedalaman, kalau prestasi bagus dia akan diiktiraf SBT manakala kemudahan di pedalaman kita akan terus perbaiki," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian belum ada mekanisme khusus mengenai langkah autonomi SBT yang membenarkan tempoh persekolahan ditamatkan setahun lebih awal bagi murid cemerlang.

"Panduan kasarnya ialah kerajaan berasakan pelajar cemerlang dibenarkan menamatkan persekolahan setahun lebih awal, tetapi ia akan bergantung kepada cadangan pengetua dan guru besar,” katanya.

SEKOLAH TERPILIH SBT

Sekolah Berasrama Penuh:

Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
Kolej Melayu Kuala Kangsar
Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
SMS Muzaffar Syah (Melaka)

Sekolah Menengah Harian:

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
SMK (P) St George (Pulau Pinang)

Sekolah Rendah:

Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
SK Bukit Damansara (KL)
SK Zainab (2) (Kota Bharu)
SK Convent Kota (Taiping)
SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)

Sekolah diberi autonomi:

-Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
-Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
-Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
-Memanjangkan waktu persekolahan.
-Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
-Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
-Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
-Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
-Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
-Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
-Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
-Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.

Kriteria pemilihan SBT :

-Pencapaian akademik yang cemerlang.
-Melahirkan personaliti unggul.
-Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
-Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
-Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
-Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara

Rujuk [B.Harian-26.1.2010]

4.1.10

Guru perlu kreatif mengajar

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak meminta warga pendidik lebih kreatif dan inovatif sekali gus berupaya memberi dimensi baru kepada proses pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar.

Perdana Menteri berkata, ia bukan saja mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang menarik tetapi juga mampu melahirkan pelajar cemerlang dan kreatif.

“Kita perlu lihat proses berkenaan memerlukan unsur kreativiti dan inovasi sebagai dimensi baru dalam proses pendidikan kita.

“Saya percaya perubahan ini akan menjadikan sistem pembelajaran lebih menarik dan pelajar akan lebih dinamik serta segar,” katanya pada majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2009, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan turut menyampaikan wang tunai sumbangan Yayasan Rahah kepada 371 pelajar dalam kawasan Parlimen itu yang memperoleh 5A dalam UPSR.

Najib berkata, golongan pendidik juga perlu menggunakan pelbagai medium termasuk internet untuk mencapai tahap kecemerlangan lebih tinggi.

Beliau berkata, ia bagi memudahkan mereka untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pelbagai maklumat dan perkembangan semasa sekali gus menggalakkan proses interaksi dan pembelajaran yang lebih dinamik.

Katanya, generasi kini lebih terbuka mindanya dan mudah mendapat maklumat menerusi internet.

“Justeru, jika guru tidak mengajar dan menyediakan kurikulum tanpa ada unsur kreatif dan inovatif, anak kita lebih mudah bosan terutama yang celik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT),” katanya.

Rujuk [B.Harian-4/1/10]